in

Kenapa gaji pekerja Melayu terpaling rendah berbanding rakan Cina & India?

Berdasarkan data terkini DOSM (Malaysia)

 

Sejauh mana kebenaran kenyataan yang dibuat oleh @badkitteyh (Tiktok) ini? Atau anda mempunyai pendapat berbeza?

 

RUMUSAN PENULIS

Rumusan ini mungkin tidak sesuai dengan pandangan anda, namun ianya dibuat berdasarkan beberapa sumber maklumat tambahan yang tidak dinyatakan. Sekiranya anda ingin memberikan pandangan anda, sila gunakan ruangan komen.


  1. Melayu patut meneruskan “amalan” dan terus berpegang dengan unjuran baginda nabi S.A.W agar mempunyai ramai anak.
  2. Data berdasarkan jumlah keseluruhan populasi TIDAK MENARIK & TIDAK RELEVAN dari sudut individu.
  3. Yang penting adalah setiap insan harus berusaha untuk memajukan diri terutamanya di dalam konteks sumber pendapatan yang halal dan toyyib.

 

Realiti Dunia Pekerjaan Bagi Graduan Melayu

Bayangkan situasi ini: dua orang graduan muda melangkah keluar dari dewan konvokesyen dengan segulung ijazah yang sama, gred yang setaraf, serta semangat untuk membina masa depan di tanah air sendiri. Namun, sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan, jalan yang terbentang di hadapan mereka rupa-rupanya tidak sama rata.

Ketika inilah tersingkapnya realiti sosioekonomi yang patut “diketuk masuk ke dalam akal”, khususnya orang Melayu.

 

Peluang kerja: Graduan berbangsa Cina 5 kali ganda lebih mudah

Fakta: Pemohon berbangsa Cina didapati lebih 5 kali ganda lebih mudah menerima panggilan temu duga berbanding graduan Melayu.

22.1% resume calon Cina akan dipanggil ke sesi temu duga.

Sebaliknya, bagi calon Melayu dengan kelayakan yang sama, hanya 4.2% sahaja yang diberi peluang untuk melangkah ke bilik temu duga.

Pintu peluang seolah-olah tertutup rapat sebelum bakat sempat dibuktikan. Adakah kerana konotasi Melayu itu pemalas menjadi punca?

What do you think?

Leave a Reply